Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejaterah
Buat semua pembaca (macam la ada)
Untuk cerita ni, aku gunakan dakwat caler 'MERAH' sesuai ngan tajuknya.
Seperti semua sedia maklum, semalam, 11 Mac 2011' dunia digemparkan dengan berita yang begitu
menggerunkan (mcm pembaca berita la pula), Jepun sebuah negara maju digegarkan dengan gempa berukuran 8.9 pada skala rektar... rasa2nya cukup untuk memisahkan kepulauan borneo kepada banyak bahagian.
Tapi bukan itu sebab utama aku menulis pagi2 buta ni. Semalam, lepas jak balik dari kerja
(& lepas buat ~testing 1,2,3..~) aku kuar la tinguk berita jap, MasyALLAH, sesungguhnya benarlah Maksud dalam Surah Yassin ayat ke-82. Berita ni betul2 mengejutkan aku
(klu korang tak terkejut aku tak tahu lah) yang pasti aku da mcm takut sangat2. Beberapa minit pas tu, pembaca berita tu mantion pula pasal sabah yang diberi
AMARAN BERJAGA-JAGA DARI 1800-0000
(perghhhh... tambah cair darah ni, jadi laju denyutan jantung, hilang semua kegembiraan)
mana tak nya, family yang gua ada, yang gua SAYANG, semuanya ada di
'NEGERI DIBAWAH BAYU' tu.
Apa lagik, tanpa buang masa, aku terus masuk dalam bilik, amik Zylo aku, then trus jak tekan butang no.2 (speeddial for my beloved mum), disini, jantung aku tambah laju mengepam darah, apa taknya, perempuan lain yang jawab panggilan tu & dia cakap lebih kurang macam ni :
~ ini adalah peti suara untuk nombor 0,1,3,5,5,5,*,*,*,5. sila tinggalkan pesanan selepas bunyi -Bepp-~
da macam2 main dalam otak aku masa tu, my mom ni jarang tutup hp, bz katanya. Hp antara nadi kehidupanya. then aku pun tekanlah pula butang no.3 (speeddial for my abah)
~Assalamualaikum... B**(nama panggilan aku di kampung)~
Alhamdulillah...
akhirnya, dapat jugak aku dengar suara yang mampu buat denyutan jantung aku kembali normal.
abah menyambut panggilanya, startla perbualan kami pasal TSUNAMI tu.
katanya, tak da apa2 jugak, cuma dapat AMARAN dari masjid sejitar jam 6 tadi, & minta agar penduduk kampung sentiasa bersedia (bukan mintala, tapi untuk keselamatan semua)
ni la yang aku suka pasal kampung aku, sentiasa aktif, pentingkan kebajikan penduduknya, & yang paling penting, tidak pernah tertinggal dalam hal-hal semasa(walaupun kampung).
cerita pasal my MOM pla, rupanya dia baru balik dari meeting, then hp da habis cas, & waktu tu dia tengah solat. Tapi apa yang jadi buat aku betul2 takut..
Semalam aku tak senang tidur, Kampung ku berjaga-jaga, aku di sini pun turut bejaga.
setiapa satu jam, jariku akan menekan butang no.2, & pastikan semuanya dalam keadaan baik.
sehinggalah jam 0500 pagi tadi, my MOM da marah, sebab aku asyik ganggu tidur dia jak. katanya jam 1 semalam da ada pengumuman dari masjid yang pihak berkuasa da menarik balik
AMARAN BERJAGA-JAGA DARI 1800-0000 tu.
(hehe, sorry mum) I'm just worry about u'oll..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
semuanya da jadi macm biasa, aku pun da kurang risau sikit.
dakwat pun da tukar calor 'PUTIH' balik.
family aku pun tak da apa2, then aku pun ble menulis dengan tenang.
tapi, aku tetap bersimpati ngan nasib saudara2 kita yang terlibat dalam kejadian ngeri di jepun.
Marilah kita sama2 mendoakan semoga semuanya selamat.
Untuk Penduduk Jepun, Takziah dari aku.
dalam agama aku ada mengajar Setiap yang jadi itu ada hikmah di sebaliknya.
BERSABARLAH KALIAN, AKU YAKIN KALIAN MAMPU BANGUN SEMULA.
manakala untuk penduduk dunia pula,
marilah sama2 kita jadikan ianya satu peringatan buat kita(sendiri mau ingatlah kn)
di samping kita sama2 menghulurkan bantuan dalam bentuk apa sekalipun termasuklah berdoa untuk
kesejaterahan mereka yang terlibat.
Sampai Sini Saja,
aku pon nk sambung tidor duluk,
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJATERAH
PENDUDUK DUNIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan