Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.....
Aku menulis bukan kerana sesiapa, aku menulis bukan kerana harta, jauh sekali aku menulis untuk nama...
aku menulis kerana aku adalah aku, & aku sedar diri aku perlu ruang untuk sesuatu..
Aku syukur kerana dengan izinNya aku bernafas, melangkah, berlari malah bahagia di dunia yang cukup indah ini (terima kasih Ibu, terima kasih Ayah), Aku syukur aku cukup semuanya (walaupun aku sedar, semua ini hanya 'pinjam'an).
Aku ada ibu, abah, adik beradik, (& semua yang ada dalam keluarga aku), kawan-kawan (lama & baharu)dan yang paling penting, aku tahu, YANG MAHA ESA sentiasa ada untuk aku. Semua itu yang menjadikan aku kuat, yang menjadikan aku berani untuk terus bernafas di atas muka bumi yang semakin meng'uzur' ini.
-Di Sini Semuanya Bermula...
(cerita dari mulut)
Aku biasa berkata-kata di alam nyata, aku biasa bersuara(walaupun tiada yang sudi mendengar) di alam nyata, malah aku biasa berdebat(untuk sesuatu yang tidak penting &... tak pernah menang pun). tapi semuanya buat aku tak senang, buat aku gelisah, buat aku sentiasa berhati2. aku takut dengan semua kebiasaan itu, aku mencipta dosa-dosa kecil(sama ada sedar atau tidak), yang apa bila dikumpulkan, ia menjadi dosa yang besar(sikit2 lama2 jadi bukit).
('jalan-jalan' dihidup aku)
Sejak ibu melahirkan aku(some place in sabah), aku tinggal bersama keluarga yang agak besar(ada parents,siblings, macik, pacik, n both of my grandparents malah ada seorang moyang lagik) & aku, kami, hidup dalam penuh kesederhanaan(cukup semua benda asas dalam hidup) tak ada yang kurang & tak ada yang lebih(syukur sangat2).& di situ lah aku kenal apa itu family, apa itu kawan, & siapa AKU...
aku tak(orang sabah cakap 'nda') pernah bepisah lama ngan family, paling2 2-3 hari, itu pun sbb kursus budak2 sekolah rendah & menengah(waktu muda2 dulu, haha). Tapi sekarang, aku di sini, jauh menyeberangi Laut Cina Selatan & beberapa buah daerah yang berpantaikannya(Laut China Selatan).Masuk hari ini(5/3/2011)pada dasarnya aku sda lebih kurang 2 tahun 3 bulan 13 hari & beberapa jam terpisah dengan family(attcually, raya aku blik gak,haha) yang cukup aku sanyangi. & selama tempoh itu la aku sendiri, jauh, & aku akui, aku sedikit sunyi... dijadikan cerita, aku tinggal di rumah sewa bersama 2 oarang kawan, & aku syukur, keduanya orng kampungku(daerah yang sama). walaubagaimanapun(cehhh.. ayat karangan yuu..), aku tetap masih rasa SUNYI.. & atas sbb tu aku ada d'sini' menulis sesuatu untuk hidup AKU..
(bersambung ... mungkin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan